SANGWITOK ZINE #10 (APRIL 2011)
Sangwitok merupakan zine pertama yang hamba menjawap dalam bahasa Melayu penuh, usaha ini tidak lain tidak bukan sebab ingin menunjukkan bahawa Singhasari lebih gemar menggunakan bahasa ibunda berbanding bahasa asing. Editor, saudara Ed terpaksa bersetuju dengan syarat hamba yang ingin menggunakan bahasa Melayu penuh maka temuramah ini pun terhasil. Sangwitok, bagi hamba juga adalah merupakan zine yang paling produktif yang pernah hamba kenali, pantas membuat kerja dan cara kerja yang sangat teliti membuatkan hamba berasa amat berbangga dan hormat pada Sangwitok zine. Walaubagaimanapun, Ed memberitahu hamba bahawa edisi ini merupakan edisi terakhir buat Sangwitok, beliau berkata mungkin edisi selanjutnya akan memakan masa bertahun-tahun atau mungkin tiada lagi. Sangwitok boleh dihubungi melalui youtube di mana beliau kini banyak fokus penulisan rebiu melalui video-video youtube. Macam manapun, semuga anda terhibur dengan temuramah ini.
SW: Salam Metal bro.. Apa cerita Singhasari? Have you been perform in any metal gigs so far? By the way pls introduce thyself bro..
PA: Salam sembah dan daulat ke atas Dirgahayu. Buat masa ini Singhasari belum pernah “perform live” antara sebabnya kerana hamba seorang yang sangat “particular”, bukan “attitude no live perform” yang hamba maksudkan, tapi sebenarnya disebabkan Singhasari ditunjangi olih dua orang sahaja, adapun memang benar kami punyai ramai ahli musik “sessionist” tapi mereka pun hanya menolong memasukkan sesetengah “part” yang telah dirakamkan. Perkara ke-dua kerana hamba ingin “perform” dengan penoh dedikasi, yakni semua line-up yang terlibat di atas pentas sewaktu persembahan Singhasari seharusnya memakai pakaian tradisional Nusantara, perkara ini masih belum menjadi kenyataan, kami punyai tempat untok menempah pakaian-pakaian tersebut, tapi masih belum punya cukup kewangan untok mendapatkannya. Hahaha. Singhasari was formed in 2009 by myself Pengiran Andika Harimau Berantai and Panglima Demang Bersiong to preserve our Nusantara heritage! Sebenarnya “ide” ini telah dipendam lama tetapi hanya pada tahun 2009 ianya menjadi kenyataan. Hamba sendiri dan Panglima Demang sebelum Singhasari kami terlibat aktif dalam “scene” kami sendiri.
SW: Singhasari khabarnya bermain Nusantara Folk Metal? Is that right my bro? Well pls correct me if I'm wrong bro.. Pls elaborate a bit about your musical style bro? In which part is that Folk elements exist in your music?
PA: Ya kami INGIN memperjuangkan Nusantara Folk Metal yakni sebuah elemen musik yang mencampurkan elemen Nusantara kita dengan musik Metal yang berat. “Folk Nusantara” yang dimasukkan adalah scale Kedjawen (Jawa) dan juga Malayu di dalam gitar kami (lebih kurang serupa seperti apa yang pernah dilakukan band-band di zaman Eastern dahulu), dram kami yang ditunjangi oleh Panglima Demang juga memasukkan sedikit rentak permainan ala-ala “joget” dan rentak “gendang anak”, yang lebih menambahkan impak kerana wujudnya instrumen seperti Gamelan Baron dan Gong Ibu pada sesetengah lagu kami, contohnya lagu “Srivijaya”, “Kebangkitan Nusantara” dan “Darah Musuh di Mata Sundangku”, di masa hadapan kami ingin meletakkan kesemua instrumen tradisional Nusantara ke dalam hampir kesemua lagu-lagu kami, tetapi untuk menyusunkannya (in fuse) alatan tradisional Nusantara dengan musik metal bukan perkara yang mudah, harus melalui banyak proses percubaan dan gagal. Membawa nama “folk” bukan perkara yang boleh diambil ringan, sewaktu di peringkat awal yakni Promo 02/10, kami pernah menghantar promo CD tersebut kepada dua buah label folk metal yang teguh dari Uster (Austria) yaitu CCP Records dan juga Steinklang Production dengan harapan ingin membuat kerjasama dengan mereka suatu hari nanti, tetapi oleh kerana mereka kurang “faham” dengan makna “folk nusantara” jadi mereka memberi feedback semula kepada kami dengan berkata kami tidak cukup folk bagi mereka, berusaha lagi. Haha. Bagaimanapun itu menjadi batu loncatan pada kami untok berusaha lebih. Oleh sebab itu kebelakangan ini kami lebih gemar menggunakan nama “Nusantara Pagan Metal”, kerana pagan metal lebih “harsh” berbanding “folk metal” yang lebih kuat unsur “tradisional”nya, walaubagaimanapun, memang kami ingin perjuangkan musik “folk nusantara” karena itu lah sebenarnya apa yang ingin diperjuangkan olih Singhasari. Mudahan suatu hari nanti, apabila kami lebih matang dari segi musikal, kami ingin mencipta sesuatu yang seakan sama seperti folk metal yang anda semua dengari dari Eropah, seperti Folkearth, Ensiferum dan sebagainya tetapi sudah tentu, FOLK METAL NUSANTARA kita sendiri!
SW: Hmm.. I was told that the original name of the band was Lelwanis? Is that right bro? Well pls tell us a bit about what was really happening after Lelwanis until the forming of Singhasari? Barangkali ada cerita menarik yang sudi korang kongsikan bersama pembaca?
PA: Sebenarnya penciptaan sebenar Singhasari adalah pada tahun 2009, Lelwanis cuma adalah band projekt hamba sendiri pada tahun 2006 dahulu tetapi tiada “progress” langsung pada masa itu, benar konsepnya serupa kerana pada masa itu lah sebenarnya ide mencipta Singhasari diwujudkan, begitu juga trek pertengahan “Srivijaya” di mana terdapat bahagian gamelan baron dimasukkan bersama dengan gitar yang turut memainkan scale Kedjawen yang sama sebenarnya telah dicipta pada zaman Lelwanis.
SW: Singhasari sounds a bit weird and exotic hahaa.. Nice name bro.. How did you get this name bro? Bunyinya macam Singa. Err.. ada kaitan dengan Singapura ke?
PA: Haha terima kasih. Sebenarnya Singhasari adalah nama sebuah Kerajaan lama Nusantara yang berpusat di Jawa Barat. Singhasari adalah Kerajaan yang kemudiannya menjadi Madjapahit. Sebenarnya sewaktu hamba dan Panglima Demang mengasaskan band ini kami ingin menamakannya Srivijaya, tetapi tukang lukis logo kami (Daeng Setanggi) melukis nama Singhasari, maka jadilah Singhasari. Haha.
SW: Ok, lets talk about your stuff especially your Promo 02/10 coz this is the one that I got in my hand hahaa.. Secara kasar aku boleh katakan music korang masih dekat dengan jiwa BM. Am I right? Anyway pls tell us more about this debut demo?
PA: Oh hamba hantar kepada anda promo cd tu dulu rasanya? Atau rakan hamba (Abu / Aliph)? Tak ingat dah.. Memang banyak betol hantar promo cd tu masa mula-mula keluar, tulis cetakan 30 keping tetapi sebenarnya ada yang hamba tambah cetakkannya lagi untok tujuan trade, haha. Berbalik kepada soalan, Promo itu sebenarnya dibuat secara terburu-buru sebab itu produktionnya pun kurang memuaskan, dengan hamba pun pada masa itu baharu sahaja semboh daripada luka eksiden motorsikal, kaki pun tak boleh jalan sepenuhnya lagi waktu tu, pakai tongkat lagi, hahaha. Sebenarnya hamba pun rasa macam “apa lah aku buat ni” sewaktu rakaman siap. Haha. Tetapi Promo itu cuma bertujuan untok memperkenalkan Singhasari kepada scene khususnya. Dari segi musik, sebenarnya hamba kurang berpuas hati kerana trek “Srivijaya” yang sepatutnya punyai gamelan baron tidak dimasukkan lagi jadi itu satu “failure” untok menunjokkan perjuangan musikal Singhasari yang sebenar, tetapi Alhamdulillah, kami mendapat banyak feedback yang positif dengan kemunculan promo tersebut. Kalau anda dengari betol-betol, dalam promo itu jugak tidak ada bass. Haha.
SW: Your Promo 02/10 contain only 3 trax which all of them was written in Bahasa Melayu. Hmm.. you are so proud with your mother language isnt it? Aku rasa semangat mempertahankan bahasa ibunda patut dipupuk dalam setiap jiwa manusia yang berbangsa Melayu. Malays should be proud of their own language isnt it? I was wondering why there are few Malay peoples who are so eagerly to proceed the teaching of Science and Math in English? Its killing the Malays language isnt it?
PA: Tujuan Singhasari menggunakan bahasa Melayu adalah kerana ingin memperkenalkan bahasa kita ke serata dunia, jika selama ini kita mendengar band metal dari luar negara yang dengan bangganya menggunakan bahasa mereka sendiri tetapi kita masih tak peduli dan dengar jugak, takkan kita tak boleh buat? Dalam masa yang sama, sekurang-kurangnya mereka dapat tahu macam mana bahasa kita ini. Kalau mereka “curios” sangat pastinya mereka akan pelajari juga bahasa kita. Hamba sendiri juga lebih gemar menggunakan bahasa Melayu untok komunikasi, apabila berkomunikasi dengan metalhead dari Eropah, hamba juga akan sengaja menulis dua perenggan, perenggan pertama di dalam bahasa Melayu, dan perenggan ke-dua adalah terjemahan dalam Inggeris, hamba sengaja berbuat demikian supaya mereka yang membaca sekurang-kurangnya akan tahu serba sedikit tentang bahasa kita yang indah ini. Tentang pelajaran Ilmu alam (Sains) dan Ilmu hisab (Matematik) di dalam bahasa Inggeris itu, hamba rasa adalah tidak wajar, hamba rasa tujuan mereka adalah supaya anak muda kita fasih berbahasa inggeris tetapi sebenarnya ianya lebih menyusahkan lagi anak-anak muda kita, bahasa boleh dipelajari jika punyai minat, bukan dipaksa. Hamba sendiri boleh bertutur dalam bahasa lain, sedikit Jerman (deutsch) dan sedikit Polish (polski) namun begitu tidak lah fasih seperti hamba bertutur dalam bahasa Melayu dan Inggeris. Dalam masa yang sama hamba juga boleh bertutur dalam bahasa-bahasa serta dialek Nusantara yang lain seperti Kedayan (Brunei), Sarawak, Sabah, Banjar, Jawa, Padang dan Bugis.
SW: There was another two opus released after this Promo 02/10. Its Kebangkitan Nusantara EP 2010 and demo Hikayat Dari Hujung Selatan Timur. It seems that you are so productive in releasing your stuffs within the same year of 2010. How do you feels like for having a three stuffs in a year and that wasnt included Compilation and Split I guess.. Apa rahsia kejayaan yang mungkin korang boleh kongsikan bersama pembaca bro?
PA: Ini lah bagusnya menjadi “duo-band”, hanya dua orang sahaja yang akan benar-benar komited, ceritanya mudah, hamba sendiri mencipta lagu, dan membawanya ke studio, Panglima Demang memasukkan dram line nya, nah terus siap satu lagu, dua, tiga kali prektis, agak-agak sudah cukup memuaskan, kami akan terus masuk studio rakaman, ada juga lagu yang hanya prektis satu kali sahaja seperti contoh lagu “Rajawali” sewaktu rakaman lagu tersebut, hamba menciptanya pada minggu ini, kemudian terus prektis di studio, minggu berikutnya, terus rakam. Haha. Sebab itu semuanya bergerak dengan begitu pantas dan tampak “produktif”. Seronoknya duo-band ini kerana hamba tidak perlu mengajar orang lain lagu-lagu yang hamba cipta ini, serta tidak perlu risau akan komitmen dan semangat orang lain, cipta lagu sendiri, redah studio kemudian dah sedia, terus rakam sahaja, bila ingin meminta bantuan rakan sessionist, mereka akan cuma menambah sahaja bahagian mereka. Pada tahun 2010 kami telah menyertai 5 atau 6 buah projekt kompilasi dari Romania, Norway, Itali, USA etc etc. Lagu-lagu nya pula diambil secara “random” daripada EP Kebangkitan Nusantara.
SW: Nusantara Pride, Paganism and Nationalism. These are the one that you like to talk about in your lyrics isnt it? Well how about some old myth and tales? For example Sang kancil or Sang Kelembai just to name a few. Did you also refer to these things for your lyrics beside Hang Tuah, Datok Sagor and Malays Supremacy topics?
PA: Paganisma sendiri membawa makna cetera mitos dan lagenda, unsur mitos dan lagenda Paganisma yang kami ketengahkan melalui lagu “Rajawali” yang mencheritakan mengenai keagungan burong gergasi (juga dikenali sebagai Garuda) yang menjadi lambang animisme Nusantara di zaman dahulu. Lagu “Srivijaya” yang khususnya diambil kesah dari “Sulatus Salatin” (Sejarah Melayu) yang mencheritakan mengenai Kerajaan lama Srivijaya (680 masihi-1200). Adapun lirikal kami yang lainnya khususnya EP Kebangkitan Nusantara lebih punyai banyak unsur Nasionalisme dan Radikal yang kuat yang secara tidak sengaja terjadi akibat dari lahirnya perasaan membuak dari jiwa hamba sendiri. Terutama sekali “Darah Musuh di Mata Sundangku” di mana pada pandangan hamba liriknya terjadi sangat radikal dan ekstrim pulak, orang senang akan berkata kami sebagai rasis jika membacha lirik tersebot. Haha. Walaupun begitu, trek dari “Hikayat dari Hujung Timur Selatan” pula berbeza berbanding trek-trek dari materi-materi terdahulu, “Hikayat dari Hujung Timur Selatan” sebenarnya mencheritakan kesah Dapunta Hiyang dan Kerajaan Srivijaya secara lebih terperinci, ianya mencheritakan mengenai bagaimana Dapunta Hiyang membuka Kerajaan tersebut, perlanggaran serta ekspansi Srivijaya di kepulauan maritim Nusantara. Buat masa ini biarlah liriknya menjadi misteri dahulu, sehinggalah sewaktu keluarnya album penoh kami, haa, yang ni kami tak nak hebohkan lagi. Tunggu sahaja. Kalau ada rezeki ianya pasti akan menjadi kenyataan.
SW: Ketuanan Melayu or Malays Supremacy. Terma ini cukup banyak diperkatakan dewasa ini. Kadangkala membangkitkan semangat perkauman yang agak serius. Well since this kind of things was in line with your Nusantara concept, so pls tell us something about this so called Ketuanan Melayu? Apa pandangan kalian?
PA: Ideologi dan fahaman politik hamba adalah Pan-Nusantaranisme, hamba seorang yang tradisionalis, konservatif dan reaktionist. Pada pandangan hamba untok memajukan bangsa Melayu, kita harus bersatu dengan semua rumpun seMelayu kita, di Indonesia “Melayu” dianggap sebagai nama etnik berasal dari Jambi (Sumatera Barat) tetapi di Malaysia lain pula, “Melayu” dianggap nama rumpun, jadi Jawa, Bugis, Tausug, Banjar dan lain-lain dianggap sebagai “Melayu” di Malaysia. Namun demikian fahaman demikian tidak boleh diterima oleh orang dari Indonesia, kerana seperti hamba katakan sebelum ini “Melayu” bagi mereka adalah nama etnik bukan nama rumpun. Demi menamatkan masalah ini, hamba lebih gemar menggelar rumpun kita sebagai “Nusantara”. Terus terang hamba katakan, sejak penghasilan Singhasari hamba dapat banyak surat-surat positif dari Indonesia yang menyokong perjuangan Singhasari, di saat masalah Malaysia-Indonesia yang sangat “tensi” pada tahun lalu (2010), Singhasari bagi mereka adalah platform baru untuk menyemarakkan lagi semangat perpaduan seNusantara kita. Itu lah dia maksud, NUSANTARA RAYA (Greater Nusantara)!
SW: Your band logo was so creative and artistic. Its Daeng Setanggi Who did that design isnt it? Barangkali Daeng Setanggi punyai pengalaman yang luas dalam bidang senilukis agaknya. Boleh ceritakan serba sedikit siapa dia Daeng Setanggi nie bro?
PA: Terima kasih. Daeng Setanggi, adalah rakan setempat kami dari Petaling Jaya juga, salah seorang penggiat aktif scene Darah Maruah kami dan dia juga adalah ex-gitaris hamba dengan band hamba yang lain yaitu Raptor (Patriotik Melodic Heavy Metal) dan Vetis (NS Deathrash Metal). Daeng Setanggi adalah seorang yang boleh dikatakan kreatif, dia juga punyai band projektnya sendiri yang digelar “Pemusnah” di mana pada masa ini berada di dalam status “On hold” memandangkan dia agak sibuk kini setelah berpindah pulang ke kampung halamannya di Terengganu. Secara lumrahnya hubungan antara kami telah berkurangan setelah perpindahannya. Daeng Setanggi biasanya hanya melukis logo sahaja, hasil lukisan logonya boleh dilihat pada logo band Darah Maruah yang lain seperti Vetis (kini sudah berpecah), Anarni (band projekt hamba bersama rakan-rakan Brunei), Steel Crescent (kini menukar nama menjadi Hikayat) dan Wraith (band projekt Panglima Demang, juga telah berpecah).
SW: I think I have to tell you the truth bro hahaa.. Honestly your sound more to Blackish Metal rather than the Folkish sounds. Well I dont know your recent stuffs maybe you have been included some traditional instruments sounds in between of your songs. However I would rather classified your music as Raw and Rusty BM with Malay mood hahaa..
PA: Haha hamba setuju tentang itu, seperti hamba katakan tadi Promo 02/10 dibuat secara terburu-buru, tanpa kewujudan instrumen tradisional Gamelan Baron dan kualiti rakaman yang “raw” kami hanya kedengaran seperti sebuah band black metal raw yang memasukkan scale gitar Kedjawen dan Malayu.
SW: By the way credit should be given to Pengiran Andika for his great harsh screaming vocals. Well I guess all the trax in the Promo 02/10 was sang by him. Very much outstanding vocal I must say. Good job bro. By the way who is the singer for the clean vocal?
PA: Danke. Clean vokal dinyanyikan oleh hamba sendiri dan Panglima Demang.
SW: The front page for your Promo 02/10 was featured a photo that taken from Hikayat Merong Mahawangsa with courtesy of the Dewan Bahasa & Pustaka. I guess it would be better if you just ask some artwork artist to design it. It looks so blur and messy. Well its already done and I'm fukkin sure you have your reason for that didnt you?
PA: Promo 02/10 hanya dianggap sebagai platform permulaan jadi hamba rasa tidak wajar lagi untok mengupah seorang pelukis yang berdedikasi, lagipun Promo tersebut hanya diterhadkan kepada cetakan yang terhad dan diedarkan secara percuma, dan memang pada masa itu cadangnya hamba selepas keluar Promo 02/10 kami memang akan terus mengeluarkan EP, ternyata selepas Promo 02/10, bulan yang berikutnya yakni bulan Mac kami terus memasuki studio semula untok rakaman EP Kebangkitan Nusantara. Pada bulan Jun 2010, kesemua rakaman untok EP Kebangkitan Nusantara telah pun selesai dan master kopynya terus dihantar kepada Hellhouse 666 Produktion (Thailand) selaku label pertama yang berminat untok mengeluarkannya.
SW: Well you have got some helps from Irownwork Gravefix for the artwork cover of Kebangkitan Nusantara. However it looks a bit weird coz it just only featured 3 Panglima or warriors at the edge of cliffs I guess. Its not really a good artworks I guess.. As far as I know Irwan is a good artworker and thats not his artwork style hahaa.. Anyway can you explain me a lil further about this things?
PA: Haha maaf, sebenarnya hamba telah sketch ide tersebut ke atas kertas dan apa yang Irwan lakukan adalah mengikut semula ide yang telah ditetapkan hamba, jadi perkara itu bukan salah dia, memang hamba sengaja ingin meletakkan tiga orang Panglima, seorang memakai pakaian tradisional Malayu Champa/Siam bersama topi kecopong sambil menjulang keris sundang dan dua orang panglima bertanjak berdiri di atas bukit. Sengaja ingin nampak “simple” sebab tidak mahu menyusahkan dia. Hehe.
SW: Hmm.. Hikayat Merong Mahawangsa such a great legend in the Nusantara Melayu. Even KRU brothers made it in the movie recently. Have you watch that movie bro? What do you think? Is there any differences between the real story and the movie? I guess the only things that a bit unpleasant was the dialogue as they didnt use the old Malay language. It sounds so modern isnt it?
PA: Yup, sudah tentu. Walaubagaimanapun hamba agak “kecewa” kerana 1. tiada langsung menunjukkan keagungan kerajaan Kataha/Langkasuka seperti banggunan-banggunan Kataha/Langkasuka, mereka seharusnya refer pada filem “Queen of Langkasuka” atau “Raja Bersiong” untok rujukan banggunan-banggunan Kataha/Langkasuka, lebih mengecewakan, apa yang mereka buat hanya menunjokkan puak Garuda seperti puak Lanun, cis! 2. Elemen mitos/pagan yakni pertempuran Garuda dan Jentayu tidak dimasukkan, mungkin KRU punyai alasan mereka sendiri? Tapi, pada pandangan hamba, tanpa Garuda dan Jentayu, itu bukanlah Hikayat Merong Mahawangsa. 3. Bahasa, ya hamba setuju, tapi kalau nak pakai “Old Malay” yang digunakan di Jambi dulu kang takde sape pulak yang faham. Haha. “Old Malay” yang digunakan di zaman Kesultanan Melayu Melaka ok lah.
SW: There was three trax in the Promo and it was the intro of Seruan Dari Pusaka Silam, Srivijaya and Rajawali. Ok tell us a bit about these trax? What was really those trax talk about? Hmm.. ayat dalam Seruan Dari Pusaka Silam tu cukup powerlah bro.. Its really motivate our spirit to defend our Nusantara Pride at all cost.
PA: Seruan Dari Pusaka Silam mendapat ide dari intro Lord Wind (band projekt Rob Darken Graveland) di mana intro nya bercakap sesuatu yang lebih kurang serupa di mana Rob Darken memainkan peranan sebagai seorang pendekar yang perihatin mengenai nasib bangsanya, kira dia melakunkan watak sebagai pendekar zaman dahulu yang berhubung dengan bangsanya di zaman moden. Yup, hamba sememangnya banyak mendapat rujukan dari Rob Darken secara musikal dan lirikalnya, kesungguhan dan “honesty” dia menyuarakan pendapat amat memberi influens kepada hamba untok membawa Singhasari seperti Graveland. Srivijaya seperti dicheritakan sebelom ini adalah mengenai keagungan Kerajaan Srivijaya (di Sumatera) lirik ini telah dicampor sedikit unsur pagan yang dipetik dari Sejarah Melayu dengan elemen Nasionalisme, manakala Rajawali adalah lirik berunsurkan paganisma mengenai burong Rajawali (Garuda).
SW: By the way could you pls tell us also about the recent stuffs such as Kebangkitan Nusantara EP 2010 and demo Hikayat Dari Hujung Selatan Timur. Ceritakan serba ringkas tentang kedua-dua material ini bro.. Sayang sekali aku tak berkesempatan untuk mendengar stuffs ni. Anyway a lil info from you very much useful for us bro..
PA: Berita baik untok orang-orang Tanah Melayu khususnya, EP Kebangkitan Nusantara kini telah diterbitkan semula oleh sebuah label tempatan yaitu Eastern Voice Produktion dalam format CD, 8 muka surat tebal lengkap dengan gambar dan lirik, trek-treknya juga telah di-rimix semula dengan memasukkan gamelan baron pada lagu-lagu lagi, juga telah dimasukkan kibod, haa apa yang lebih “special” sebab trek remix ni tak ada dalam versi-versi yang keluar menerusi label-label luar negara dulu. Jadi pada sesiapa di sini yang tak berpeluang mendapatkannya sebelum ini (ada yang bagi alasan leceh nak order dari oversea) kini boleh mendapatkannya dengan mudah dengan menghubungi Eastern Voice Produktion dari Sarawak. Seperti hamba ceritakan sebelum ini, EP Kebangkitan Nusantara memang di dalam perancangan kami sejak mula, sebab itu selepas Promo 02/10, kami terus sambung rakaman untok EP tersebut. Hikayat Dari Hujung Selatan Timur lebih baik hamba jawap pada soalan berikutnya ya.
SW: Hmm.. khabarnya Hikayat Dari Hujung Selatan Timur hanya dicetak sebanyak 5 salinan sahaja. Any reason why it was only done in 5 copies? It was told that the trax will included in the upcoming album. Is that right bro? Tell us some info about your future release?
PA: Sebenarnya Hikayat Dari Hujung Selatan Timur adalah demo rehearsal dan kualiti rakamannya adalah menggunakan kamera (macam zaman dulu pakai radio gitu) tujuannya adalah untuk label-label yang pernah memberi tawaran album penoh kepada kami untok mendengar trek-trek yang akan keluar menerusi album penoh kami nanti, sebab itu ianya terhad kepada 5 keping sahaja dan hanya diberi kepada label yang pernah memberi tawaran album penoh kami. Seperti yang diberitahu sebelom ini, Hikayat Dari Selatan Timur adalah jenis album yang berunsurkan jalan cerita, seluroh album itu nanti akan menceritakan mengenai kesah Kerajaan Srivijaya, daripada di waktu Dapunta Hiyang mengasaskannya sehinggalah ke waktu eskpansinya Srivijaya. Rilisan kami selanjutnya adalah 4 way split dicadangkan bersama band-band NSBM dan Pagan metal yaitu Ixtaukayotl (Meksiko), 1389 (Bosniya) dan KriegSSchwur (Jerman), Wehrwolf Produktion daripada Jerman telah bersetuju untok menerbitkannya, nantikan!
SW: Kebangkitan Nusantara seems got so much attention from the foreign labels. Hellhouse 666 Prod (Thai), October's Mist Rec (USA), Svartgalgh Records (Hol) and Satanica (Aus). All of these labels very much interested to release your stuff for their market. What makes them so eager with your stuff bro? Apa yang bagus sangat dengan Kebangkitan Nusantara ni?
PA: Haha takde lah bagus pun sebenarnya tapi hamba ni rajin berkontakt dan rajin menghantar material, jadi sebab mereka berminat, maka ianya pun diterbitkanlah di bawah label masing-masing. Bukan keuntungan yang hamba mahukan, yang penting, orang dari seluroh pelusok dunia dapat dengar material kami dan dapat faham apa yang ingin diperjuangkan oleh kami, itu sudah cukup satu kepuasan bagi kami. “HONESTY AND HONOR”. P/S : Satanica Records sebenarnya dari New Zealand, bukan Australia.
SW: You have got this Perarakan Masuk & Perarakan Keluar music by the courtesy of Kingdom of Selangor Royal musician. Hmm.. nampaknya kalian cukup mudah mendapatkan bunyian Diraja ni? Apa pertalian kalian dengan pemuzik Diraja ni? Its not so easy to get such a Royal music I guess. Its specially made for the Royal isnt it? Well maybe you have got that Royal blood in your vein hehee..
PA: Haha dah agak dah mesti orang tertanya-tanya, sebenarnya memang betol ianya dimainkan oleh pemusik Istana Selangor, nobat dan nafiri tidak boleh dimainkan oleh orang yang tidak dipertanggungjawabkan memainkannya, orang istana sendiri yang tidak mempunyai pertalian darah dengan pemain nobat dan nafiri tidak dibenarkan langsung untok memainkannya takut terkena tulah. Sebenarnya ia diambil dari sampling filem yang dimainkan oleh pemusik istana diraja Selangor, sengaja hamba tidak mahu bagitau secara detail di info Perarakan Masuk dan Perarakan Keluar, tak “thrill” lah nanti kan. Hahaha.. Tidak, hamba cuma rakyat biasa.. Hehe..
SW: Pertempuran Gelap (Demi Kehormatan Senggaramasin). It sounds quite mysterious bro.. What kind of battle is that? Senggaramasin, what kind of kingdom is that? Pasti ada sesuatu yang istimewa dan menarik di sebalik nama ini barangkali?
PA: Pertempuran Gelap (Demi Kehormatan Segaramasin) sebenarnya adalah kesah fantasi yang direka hamba ianya sama seperti lagu-lagu lain dalam EP Kebangkitan Nusantara adalah bertemakan Nasionalisme tetapi mempunyai “mood” zaman silam, ianya menceritakan kegagahan orang Segaramasin menentang musuh bangsa. Dan pada pendapat hamba lagu paling “epik” dalam EP tersebut antaranya kerana durasinya yang hampir 9 minit. Susah nak lupa sebenarnya kesah sewaktu rakaman lagu ini, lepas hamba pulang daripada rakaman, saja-saja lah hamba buat mixing di rumah sekitar jam 3 pagi, tiba-tiba arwah nenek hamba memanggil-manggil sebab dia sakit sangat (masa tu dia dah sakit 2 hari, muntah + cirit-birit) campur penglihatan matanya yang tiba-tiba semakin kabur dan kaki “krem”, paginya kami terus memanggil ambulans untok membawanya ke hospital, selang 2 hari selepas tu dia meninggal dunia. Rupa-rupanya sakit buah pinggang, baru kami tahu. Jadi setiap kali mendengar semula trek Pertempuran Gelap (Demi Kehormatan Segaramasin) pasti hamba teringat padanya. Maaf ya panjang lebar pulak cerita, hehe. Berbalik pada soalan, Segaramasin sebenarnya adalah nama asal Tanah Melayu, sebelum wujudnya Kesultanan Melaka, seluruh semenanjung digelar sebagai Segaramasin oleh orang-orang Kerajaan Kataha (Kedah Tua), Langkasuka, Srivijaya, Singhasari/Madjapahit. Ianya berasal daripada bahasa Sanskrit (sebuah bahasa yang digunakan di zaman dahulu hampir di seluroh dunia), Segara (Bertuah) Masin (Tanah) jadi Segaramasin adalah “Tanah Bertuah”. Nama yang hampir seiras terdapat juga di Kalimantan Selatan yaitu Banjarmasin, Banjar (Laut) Masin (Tanah). Nama ini masih kekal di kabupaten Kalimantan Selatan dan merupakan antara bandar paling maju di Kalimantan.
SW: Ok talk about the name. Both of your name really show how true you are to the Nusantara concept. So as to the guest musicians which also got that very interesting Nusantara names. Well among all of those names I have got a bit interested to know about Dang Raryhs. She had played Violin isnt it? Who is she and how did you get her to support the band? I guess she must be very pretty gurl hehee..
PA: Ya “Pseudonym” itu semua adalah diambil daripada nama-nama klasik Nusantara, nama-nama seperti Andika, Demang, Setanggi, Sila pernah digunakan orang-orang zaman dahulu, di mana nama-nama sebegini kurang digunakan lagi oleh orang zaman sekarang. Gelaran hadapan bagaimanapun kebanyakkannya adalah nama golongan kerabat (Noble/Aristocrat), Pengiran adalah nama hadapan kerabat diraja Brunei, Daeng adalah nama hadapan orang-orang kebanyakkan Bugis, Raden pula adalah nama hadapan orang-orang kebanyakkan Jawa. Haha Dang Raryhs adalah kenalan lama hamba, ya dia agak cantek dan tahu bermain biola walaupun masih peringkat awal tapi boleh lah orang kata. Cadangnya dia akan tolong memainkan biola untuk lagu “Samalindang” di dalam album penoh tapi mungkin hamba akan fikirkan semula, kerana hamba rasa penggunaan akordion lebih afdal berbanding biola. “Samalindang” yang di dalam demo Hikayat Dari Hujung Timur adalah versi gitar dan dram sahaja. “Samalindang” sebenarnya adalah lagu folk Brunei.
SW: Raja Bersiong dan Harimau Berantai. Both legends was featured in the movie by our old time film producers. I guess you must have watching that movies some other times before hahaa.. Even your name also must be taken from that mighty legends. Well what do you think of them bro? Adakah lagenda ini benar-benar pernah wujud di kalangan masyarakat Nusantara Melayu kita suatu ketika dulu? Or maybe it just only myth and tales?
PA: Ada sebab sebenarnya kenapa Panglima Demang mendapat gelaran “Bersiong”, hahaha. Dia dipanggil “Bersiong” sebab giginya jongang sedikit. Hahahaha! Harimau Berantai ya benar dari movie, tapi sebenarnya ianya adalah lagenda yang hidop, nama gelaran benarnya adalah Panglima Harimau Berantai, ianya adalah rakan rapat kepada Panglima Hitam, mereka berdua ini berasal dari jurus silat Sendeng rasanya, hamba kurang ingat. Maaf. Raja Bersiong wujod di dalam Hikayat Merong Mahawangsa, merupakan Raja Kerajaan Kataha (Kedah Tua) yang ke-tiga atau ke-empat tak silap hamba, nama sebenarnya adalah Raja Phra Ong Perita Deria, kalau kesahnya benar, maka Raja Phra Ong Perita Deria wujod sekitar tahun 300 masihi hendaknya.
SW: Tell me about Sundang bro? What do you know about this Malay weapons? Its some kind of sword isnt it? The one that using by the Bugis warriors I guess. Well pls correct me if I'm wrong bro..
PA: Keris Sundang adalah sejenis keris yang panjang dan besar, juga sering digelar keris gergasi, penjajah Sepanyol dan Belanda dahulu menggelarnya “Moro Sword” (Pedang Moro), ianya sebenarnya digunakan oleh orang Melayu Laut (Tausug/Sulu) yang berasal dari selatan Luzon (Filipina) dan orang Bugis (nama asal : Baklaya) yang berasal dari Sulawesi, berbeza dengan orang Nusantara barat kita yang menggunakan keris tamingsari (keris pendek yang biasa kita lihat di sini). Orang Tausug dan Bugis menggelarkan keris tamingsari kita sebagai “keris kecemasan”. Keris Sundang digunakan seperti pedang, di dalam hikayat Tausug, pernah terdapat seorang panglima Tausug yang sangat handal menggunakan sundang sehingga beliau dapat membelah dua badan mayat musuh yang menghempap antara satu sama lain. Hamba lebih gemar menggunakan sundang di dalam tema Singhasari kerana bentoknya yang mengerikan (bayangkanlah keris yang berlekuk-lekuk tetapi besar dan panjang, pasti mengerikan orang yang melihat).
SW: Hmm.. I was noticed that you are selling a long sleeve T-shirt with the logo of Singhasari. How was the progress of that stuffs? Did you get a great support and order from the metalheads? Who actually got the permission to print that tee? Nampaknya korang cukup aktif dalam memasarkan produk berjenama Singhasari. Ada apa-apa lagi produk yang bakal dikeluarkan tak lama lagi? Patches, badge, stickers, jacket or an underwear with the brand of Sighasari maybe? Just joking bro hehee..
PA: Ya kami mengeluarkan long sleeve dan short sleeve, setakat ini sambutannya sangat-sangatlah menggalakkan, sebenarnya di t-shirt tersebut bukan logo, tetapi artwork kover Kebangkitan Nusantara, selain dari itu kami juga ada mengeluarkan tanjak berwarna hitam yang telah dicetak logo Singhasari. Semua ini dikeluarkan oleh label merchandise kami sendiri yang dipelopori oleh hamba sendiri, label merchandise itu digelar Heritage Nusantara Produktion. Segala urusan percetakkan dibuat oleh hamba sendiri bersama seorang rakan setempat. Patches tu hamba tak buat lagi, ada rancangan, tapi susah lah nak cari tempat embroidery yang bagus dan murah, semua cekik darah je. Haha. Tengok laa ada duit lebih sikit nanti memang hamba ada rancangan nak beli mesinnya. Boleh buat bisnes buat embroidery t-shirt sekali alang-alang. Berbalik pada patches, sebenarnya ada rakan dari Brunei yang ingin mencetak patches Singhasari, kita tengok aje lah nanti. Badges ada, seorang rakan dari scene punk ada membuatnya menerusi label merchandisenya (B’young Spa Troops), Sticker ada dibuat oleh Nizam Sakthee (penoreh stiker yang agak dikenali dalam scene, dari Pulau Pinang), boleh lihat di FB Singhasari untok melihat info merchandise-merchandise. Haha underwear tak ada lah.
SW: War and Disasters keep on alarming the earth. Well I dont know maybe its the End of the world. Doomsday is coming, Apocalypse is around the corner I guess. Inilah salah satu petanda kecil Kiamat barangkali. Any comments bro?
PA: Kalau bercerita mengenai Tsunami sebenarnya tidak mengharainkan hamba, Tsunami memang sering berlaku setiap 100 tahun di Jepun, sebab itu namanya pun Tsunami kan! Memang benda tu sering terjadi di Jepun. Yup Kiyamat makin hampir itu nyata, tapi itu ketentuan Ilahi, tiada apa yang boleh kita lakukan untok mengelaknya kan.
SW: What happened to our Malay peoples bro? It seems like Fitnah or Slandering becoming our daily digestion. Why dont we concentrate on the poor economic of our peoples. Lets forget about those sexual slandering things. Its just only the political tools to destruct their opponents. We should focus on our daily need and issue such as the increasing of petrol, foods and other items. Lack of job opportunities, saman ekor, increasing of crimes, immorality of younger generation and so many things that happened infront of our nose.
PA: Terus terang hamba ini anti-demokratik sistem sebenarnya, sebagai seorang yang berfahaman politik tradisionalis dan reaktionist, hamba sebenarnya adalah pro-monarki, harapan hamba selagi nyawa di kandong badan, kalau boleh ingin melihat kejatohan mutlak rejim demokrasi di negera kita yang tercinta ini, dan kuasa Sultan kita akan dikembalikan sepenohnya. Kata-kata ini ada hamba luahkan pada lagu terbaru Singhasari untok 4 way split yang hamba ceritakan sebelom ini, ianya diberi judol “Kembalikan Kuasa Pemerintahan Lama Yang Mutlak”. Faham-faham sendirilah. Hehe. Demokrasi adalah pentadbiran Authoritarian, dan lumrahnya di dalam sistem Authoritarian memang terdapat banyak korupsi dan helah politik untok memenangi undi, itu perkara biasa.
SW: It seems that both of you very much skilful in playing our traditional instruments. Gamelan Barong, Serunai, Gendang and few others was played quite well. Did both of you got a formal lesson to play those things? Barangkali korang ada berguru dengan pakar-pakar pemuzik tradisional?
PA: Di tempat kami ni memang ramai pemusik tradisional, maklum lah Panglima Demang yang berasal dari Kampong Medan, PJS di sini memang ramai anak muda yang meminati musik tradisional. Hamba dahulunya belajar bermain Serunai daripada kumpulan Silat lama hamba (Gayong Umar Umaiyah) tapi main tak ada lah bagus pun. Apa yang menarik mengenai musik tradisional kita adalah kerana ianya berbeza dengan musik moden dan musik barat di mana ianya adalah sejenis musik soal-jawap, serunai akan meniup, maka gendang anak akan menyahutnya dengan paluan, gong ibu juga akan menyahut dengan paluan, musik itu akan berhenti apabila salah seorang daripada mereka berenti. Baron (Gamelan) adalah instrumen yang agak sukar dimainkan, sampai terbelit-belit tangan lah waktu main kalau tak biasa. Hahaha.
SW: Kompang. I dont see this things was featured in your music. I guess it would be nice if Kompang was played in between of your sounds. Its good to promote this instruments to the foreign metalheads isnt it? Atau mungkin kalian ada juga memuatkan unsur ini ke dalam lagu korang?
PA: Kompang fungsi dan bunyinya hampir sama seperti Gendang Anak. Tidak, kami tidak menggunakan kompang.
SW: Muzik Makyong dan Wayang Kulit juga agak unik. Ada cadangan nak masukkan unsur muzik sebegini ke dalam muzik korang? Makyong and Wayang Kulit quite popular somewhere around the eastern Peninsular. It would be great to mixed those sounds in your Folk Blackish Metal right?
PA: Oh hamba sangat meminati Mak Yong dan Wayang Kulit tapi ianya bukan dalam skop hamba, maksod hamba, bukan bidang yang pernah hamba ceburi, jadi hamba tidak berapa tahu memainkan musiknya, Mak Yong dipelopori oleh Rebab, Gendang Anak, Tetawak dan Gong Ibu. Manakala Wayang Kulit hampir seiras dengan lagu silat, biasanya ia dipelopori olih Gedombak, Canang, Gedok, Gong Ibu dan Serunai.
SW: I guess both of you were from the Kingdom Of Selangor right? Well what actually happened toSelangor lately? It seems like the Federal Government doesnt fit so well to the Government of Selangor? Takkan langsung tak ada titik pertemuan di antara mereka? Asyik nak bercakar 24 jam? If the Government of Selangor wanted to help the peoples of Selangor then the Federal Government should gave their support right? Should they forget about the political differences in term of the goodness of the peoples of Selangor?
PA: Ya kami berdua lahir di Petaling Jaya, Selangor. Tetapi keluarga hamba sebenarnya berasal dari Kedah. Tentang Kerajaan Persekutuan, tiada komen. Ide politikal hamba seperti hamba katakan di atas tadi.
SW: Hmm.. I guess I dont have anymore Qs bro hahaa.. Do you have any Qs to ask me? Hehee..
PA: Ahaa.. Hamba lihat Sangwitok sangat produktif dan boleh dikatakan zine tempatan kita yang paling kerap mengeluarkan terbitan baru, apakah rahsia Sangwitok pantas melakukan kerja? Haha kena balik..
33- Ok bro, thats it. Terima kasih berjuta kali atas kesudian kalian menjawab semua persoalan yang telah aku ajukan. Thx for spending your precious times bro.. Last words are yours.
Terima kasih juga kerana sudi menemuramah kami, NUSANTARA RAYA PASTI MENJADI KENYATAAN!! DAULAT KEMENANGAN!!